ZAMAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa
kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung
dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang
kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur
dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam
pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk
Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka
jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada
dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada
tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling
lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang
sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan penduduk tempatan. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan
mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara,
gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan
masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor
ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri
Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga
Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai
Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganuyang
berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara
yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai
Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum
dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II
dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat.
Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya
dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat
Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan
Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding
dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara
Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada
1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah
namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka
penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang
bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap,
Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Rosli Dhobi
Dol Said
Datuk Maharajalela
Huraian Secara Ringkas.
Sejarah penjajahan di Tanah Melayu bermula dengan
zaman pembentukan kerajaan kesultanan melayu Melaka. Kesultanan melayu Melaka diasaskan oleh
seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga
tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah
pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama
Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan
Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih
satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso
de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin
Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Selepas Melaka menjadi salah satu pusat perdagangan yang utama dan maju, maka
bermulalah penjajahan di bumi Melaka oleh Portugis. Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama
datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan
dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah
selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan
mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan
Melayu. Ketika itu perdagangan rempah ini dimonopoli oleh saudagar Islam dan
Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar
Islam sejak sekian lamanya. Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi
orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka
ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di
Timur serta menyebarkan ajaran Kristian. Raja Portugal juga menggalakkan
rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk
mencari jalan laut ke Timur. Pada tahun 1498, Vasco da Gama telah sampai ke
India dan mereka berjaya menakluki Goa dan menjadikannya sebagai pusat operasi
di Timur. Ini diikuti dengan kedatangan rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka
pada tahun 1509. Melaka masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam
yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba di
situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan
Portugis di Melaka. Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh
Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah
apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir
supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam. Bendahara
telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda
akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk
seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo. Bagaimanapun,
beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat
melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira. Peristiwa tersebut
telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka.
Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah
menyebabkan kelemahan pentadbirannya. Apabila berita penahanan rombongan
Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor
untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan
perang untuk menyerang Melaka. Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut
di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini
telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang
besar. Portugis telah menyerang Melaka
pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang
kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih
dan moden. Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun
iaitu dari 1511 ke 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun
sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque. Portugis
mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten
Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4
tahun. Beliau dipilih dari kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan bangsawan
Portugal. Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan
kepada Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu
oleh golongan Feitor. Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis
Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis
Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan. Selain itu,
Tanah Melayu juga telah dijajah oleh Belanda.
Era penjajahan Portugis berakhir setelah
130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi
yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat
berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan
bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong
pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia
Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C. Tujuan utama penubuhan VOC adalah
menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga
ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau
Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada
pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di
Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan
serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan
bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka
pada tahun 1641. Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan
Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya
dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun
1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan
satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap
mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan
mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi
seolah-olah “retak menanti belah”. Ini kerana telah mula timbul perasaan syak
wasangka di antara satu sama lain dan mereka tidak senang dengan persaingan
sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka.Keadaan ini akhirnya mencetuskan
pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas
Johor pada akhir abad ke 18.
Di samping itu juga, Tanah Melayu jatuh ke
tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada
tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan
penjajahan paling lama. British mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu
yang sebelum ini diuruskan Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri. Campur tangan British ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun
kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan
tersebut dengan mudah dipatahkan British. Antara tokoh yang bangun menentang
penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk
Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh lain. Pada era 1920-an dan 1930-an,
ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur
Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya memberi sinar harapan untuk Melayu
mentadbir sendiri negaranya. Muncullah golongan berpendidikan yang mula
memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar
dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing- masing. Ada dalam kalangan
mereka membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan
Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk
kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun
1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun
menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun memberi ruang kepada
Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM bertindak ganas
dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga
memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan
PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa.
Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan
Malayan Union. Pengenalan ini mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh
daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan Umno menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah
berkerajaan sendiri. Kemunculan Tunku Abdul Rahman memberi sinar harapan kepada
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti
Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu
mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,
Cina dan India menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani
pada 8 Februari 1956 memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31
Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan
penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan
terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan
Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan
Malaysia tercapai pada 16 September 1963.